Assalamualaikumm...
Betul ke apa orang kata kalau mula bekerja di tempat baru ni selalunya banyak dugaannya. Tapi aku tak tahu pulak dugaan yang aku dapat macam ni sekali. :(
Bulan Februari ni kira genapla 6 bulan aku bekerja di Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Cheras neh. Masuk tahun baru 2013 nie memang dugaan untuk aku bertalu2.. Da memang standard la kerja aku memang kena bawak motor so, motor tu sangatla berharga bagi aku.
At first, motor tu pernah rosak sampai hampir RM700 untuk dibaiki. Okayy, rosak tu memang salah akula. I'm a naive user of motocycle k.. Aku dari kampung hanya tau bawak jee, selalu yang betul2 motor ni adik, abang ngan ayah aku yang uruskan. Jadi kesalahan aku adalah tak tukar minyak hitam motor setiap bulan, mungkin sejak aku kerja bulan September sampai bulan Disember aku tak tukar minyak hitam jadi hamik kauu overhaul teruss.. Noob kan aku. :(
Okay next is after akak aku kawin bulan satu neh. bulan Januari dengan Februari ni aku taktaula belanja apa yang banyak sangat sampai bajet lari. And now, moto tu da sangkut kat bengkel lagiiii... This time nak tau tak berapa bajet untuk repair tu? Nearly RM900 tauu. *pengsan*.
Dalam purse aku n bank pulak adee, err tak perlu la inform nilai yang ada kat bank tu. So after discuss dengan abang aku, kitorang decide nak tolak je motor tu masuk bengkel tu n tarik motor baru. *maaf, penggunaan kata yang sesuka hati*.
Jadi betulla dugaan mula bekerja tu banyak kan, cuma aku tak sangka je dugaan banyak sekali.. T__T. Thanks to him la bagi semangat kalau tak dalam kepala da decide nak lari dah. huhu. Da la kerja kat Kuala lumpur, dengan dugaan kerja lagi neh hambuii..hati kene kuat, keinginan untuk terus kerja tu kene ada ye Cekjue..
p/s: mata bengkak dok pikir masalah nie.. @_@