Wednesday, November 20, 2013

Eh!! Murah laaa... :)

Assalamualaikumm semuaaa...

Harini cek lolly nak review sikit pasal beli barang dari china ni. Saya tau memang ramai yang tak percaya dengan belian barang dari China neh. Tapi saya percaya sebabbbb...saya sendiri sudah membeli barang2 dari sana. Contohnya beg tangan yang da berbukit aku beli, baju budak, case hp.. Selalunya saya kumpul kawan-kawan yang nak join satu delivery untuk mengurangkan kos sedikit.

Barang yang da dapat semua tu memuaskan hati. kain selesa, beg tu pulak kulit berkualiti. Kat sini saya ada satu blog yang menjual barang dari China. Memangla memakan masa dalam 2-3 minggu tapi hasil memang berbaloi.


Disebabkan barang pre-order, kita ada pilihan bayar separuh atau bayar penuh. kalau was-was boleh aje cakap dengan tokeh kedai nak bayar separuh..hehe

Jom tengok barang-barang kat sini ---> http://barangbarangchina.blogspot.com/\  berbaloi-baloii~~




Sekian review harini.. ^_^

Friday, February 8, 2013

Dugaan wehh

Assalamualaikumm...

Betul ke apa orang kata kalau mula bekerja di tempat baru ni selalunya banyak dugaannya. Tapi aku tak tahu pulak dugaan yang aku dapat macam ni sekali. :(

Bulan Februari ni kira genapla 6 bulan aku bekerja di Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Cheras neh. Masuk tahun baru 2013 nie memang dugaan untuk aku bertalu2.. Da memang standard la kerja aku memang kena bawak motor so, motor tu sangatla berharga bagi aku.

At first, motor tu pernah rosak sampai hampir RM700 untuk dibaiki. Okayy, rosak tu memang salah akula. I'm a naive user of motocycle k.. Aku dari kampung hanya tau bawak jee, selalu yang betul2 motor ni adik, abang ngan ayah aku yang uruskan. Jadi kesalahan aku adalah tak tukar minyak hitam motor setiap bulan, mungkin sejak aku kerja bulan September sampai bulan Disember aku tak tukar minyak hitam jadi hamik kauu overhaul teruss.. Noob kan aku. :(

Okay next is after akak aku kawin bulan satu neh. bulan Januari dengan Februari ni aku taktaula belanja apa yang banyak sangat sampai bajet lari. And now, moto tu da sangkut kat bengkel lagiiii... This time nak tau tak berapa bajet untuk repair tu? Nearly RM900 tauu. *pengsan*.

Dalam purse aku n bank pulak adee, err tak perlu la inform nilai yang ada kat bank tu. So after discuss dengan abang aku, kitorang decide nak tolak je motor tu masuk bengkel tu n tarik motor baru. *maaf, penggunaan kata yang sesuka hati*.

Jadi betulla dugaan mula bekerja tu banyak kan, cuma aku tak sangka je dugaan banyak sekali.. T__T. Thanks to him  la bagi semangat kalau tak dalam kepala da decide nak lari dah. huhu. Da la kerja kat Kuala lumpur, dengan dugaan kerja lagi neh hambuii..hati kene kuat, keinginan untuk terus kerja tu kene ada ye Cekjue..


p/s: mata bengkak dok pikir masalah nie.. @_@

Monday, January 14, 2013

Bila dia da naik pelamin..

Assalamualaikumm..

11 Januari 2013, masa yang dinantikan akak ku..masa untuk dia diijab qabulkan dengan pasanagan hidup die. Gila tak sedih bila akak sendiri nak diserah kepada suami dia. (T___T)



Tapi bila time majlis kt rumah aku, excited pulak tengok die khawin. Alhamdulillah die da jmpe jodoh dia. da ade orang yang nak jage dia. Aku tumpang gembira untuk dia walaupun jauh di sudut hati aku sedih tak dapat nak hu-ha ngan akak aku yang agak mereng tu lagi.. heee

*miss cousin's

*the bachelors and ex bachelor XP


Aku? Insyallah ade jodoh ada la nanti....


*oppss, no camera pliss

p/s : penat lelah time kenduri berbaloi.. ^_^

Tuesday, August 21, 2012

Blogger-droid anyone ?

Assalamualaikum..

Sebenarnya untuk post yg sebelum ni, cek lolly mencuba post something menggunakan Blogger-droid. Aplikasi tu sebenarnya untuk memudahkan pengguna android men-post karya-karya agung blogger dengan lebih mudah. Kalau korang semua perasan kt bahagian bawah post sebelum ni ada view cek lolly gune aplikasi tu.

Cek lolly tak cukup masa nk review lebih pasal Blogger-droid ni tapi after guna untuk satu post je, cek lolly rase nak uninstall terus. Bagi cek lolly, aplikasi ni sesuai untuk blogger yg aktif sangat-sangat post karya mereka. Siapalah cek lolly ni kan, post bila bosan jee..jadi rasenya aplikasi ni cam tak sesuai pulak.

Jadi bagi pendapat cek lolly, blogger tegar mungkin sesuai untuk menggunakan aplikasi ini and itu bukan aku. hehe.

p/s: search for blogger-droid in play store for more details


Raya meletop-letop

Assalamualaikum..

Raya pada tahun 2012 ni terase meriah walaupun secare sederhana. Sedih sebab tahun ni tak cukup korum, abg aku ajim tu terpaksa beraya kt terengganu sebab masih dalam latihan lagi.

Yg berpakaian bomba tu 2 dari kiri adalah abg aku. Muhammad Hazim namanya, kalo ade yg berkenan gitau la ye. Hehe. Tahun ni tema kaler pink gituu, untuk family abg ngah pulak wane kelabu hijau. Nth ape la yg sbbkan die berkenan kaler tu. -_-.

Huhu.. meriah gituu.. sedare mare sume masing-masing da meningkat umur. Tahun depan insyallah aku pon da bekerja n da tak merase feeling raye nie.. kenapa semakin meningkat umur semakin kurang feelingnya ek. Haa keluar hipotesis daa..

Tahun ni terasa extra happy sebab dalam hati ada taman. Wuhuu.. tak disangka dia pon warna pink. Aicehh tak bley berjiwang sangat mehh.. hee. Malas nk menaip sebenarnye..so it should be enough n see in another post. Insyallah.

P/s : yang meletopnya tu rayer, jari tak meletop pon sebab tak main mercun.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, June 12, 2012

Sekilas Memori, Tercatat abadi

Assalamualaikumm..

Pengalaman banyak mengajar kita. Itu ayat biase dah orang cakap. Tapi orang yg merase kesusahan dalam hidup merasai kesusahan tu sendiri dan mengambil iktibar dalam perkara tu barulah dapat pengalaman tu.

Aku baru hidup 22 tahun, tapi aku dah jumpa macam2 orang yang memang boleh buat kita cakap macam2. Selama 22 tahun ni mmg ak mengaku kawan datang dan pergi, cuma sesetengah je kawan baek aku yg masih maintain sampai sekarang wlaupun jarang contact.

Aku menjangkakan sebagai kawan baik, die kenal sape aku. Walaupun aku masih samar dengan punca salah paham ini. Bila dikatakan semua tu berpunca dari aku, aku minta maaf. Aku memang selalu cuai dengan percakapan aku. Ye aku seorang yg cuai, mungkin dia tak tahu itu. Selepas itu, aku bertindak bodoh dengan memberitahu sesuatu yg tak sepatutnye. Then, amekaww, bagai jatuh ditimpa konkrit, hati sedeh sape je yg taw. Walaupun selalu memikirkan yg positif, aku rase terus dpggirkan teman .

Aku bukan menjauhi teman kerana seorang lelaki, aku juga manusia yg punya perasaan sedeh, marah, serba salah, tak keruan, berbelah bagi. Lame memikirkan sendirian ape yg perlu dibuat. Mencari2 teman untuk berkongsi hanya ada si lelaki dan beberapa teman. Aku taw perasaan teman itu bila marahkan seseorang, die tak tunjuk tapi semua itu jelas kelihatan.

Aku menunggu masa untuk berbincang berdua, tapi aku dihentam oleh 3 orang. Bertalu2 ditanya, nak menangis tapi cover macho. Da luah semua namun masih tak berubah. Melihatkan tiada perubahan antara kita, aku menjangkakan kite memang tak dijodohkan menjadi teman baek, tapi kita masih sahabat. Aku masih ingt memori, kenangan, janji2 kita.

Aku merindui kau yang gila2 bila berkata2, peramah dengan semua. Sekarang ape yang aku nampak cuma seorang wanita yang menahan sesuatu bila bertemu aku. Maaf.



Ya Allah kau lembutkan lah hati sahabat ku dalam apa2 jua yang dia lakukan..Aminn



p/s: She's like my younger sister, always need protection. 

Monday, May 28, 2012

Bersedekahlah kite

Assalamualaikumm..

Korang semua suka bersedekah tak? Mungkin kita tak mampu nak bersedekah dengan memberi sedekah atau barang-barang. Tapi kita boleh besedekah dengan memberi senyuman manis dengan ikhlas kepada semua.

Kita selalu dengar "Senyuman itu Sedekah" kan? betol la tu dengan senyuman kita da dikire bersedekah kepada mereka-mereka yg menerima senyuman itu. Selain tu, senyuman pon ade manfaatnye tawwu.




Senyuman pada rakan dapat menghilangan sedih mereka dan jadi penawar kepada hati yg luka lara. Opkoss la jadi pengubat kan. Kalau kita tengah penat2, then lepak dengan membe yg jenis Laugh-Out-loud punyer n yg suke buat kita tersenyum confirm semua penat, sedih, problem, tension tu hilang sekelip mata.

Senyuman tu hadiah jugak kepada ibu bapa kita or suami/isteri taw. Setiap pagi berikan senyuman paling indah yg boleh diukir untuk dorang. For sure hari-hari diorang akan terase lebih bahagia. ^_^

So disini aku merasmikan Hari Senyum sedunia and event tu adalah setiap hari! Wehuuu~ *ngarut

Btw, setiap hari aku senyum kat customer-customer yg berkunjung kt kedai makan abang. Sampai ade yg senyum balik dengan muka nak 'flirt' ngn aku. Cehh. Terus berubah air muka aku. kehkehkeh.



p/s: tak salah nak senyum, tapi jangan menggatal!

Saturday, April 21, 2012

Kisah lampau yang melampau

Assalamalaikum..

Hari ini hari sabtu, sabtu yang membosankan. Disebabkan hari yang membosankan, aku jadi teringat kisah2 lampau masa aku sekolah and teringat seorang budak nakal yang selalu usik aku time form3 kat sekolah. Maaflah aku tak layan budak nakal lagi mase form3, tapi aku jadi budak nakal time form 4 n 5. hehe.

Aku jadi teringat budak tu sebab sebaris kata2 die yg die buat lagu. Aku tak kate die kreatif ke ape tapi nyanyian tu buat aku jadi malu untuk sementara. Nak taw ape yg die nyanyikan tu?

"Minah Warung Tayar Sotong~~"

okeh, aku pon wat muke -______-" 

Pada ketika tu terasa malu jugak la, bukan sebab die cakap aku minah warung. Bab minah warung tu aku tak kesah sangat la tapi Tayar Sotong!!?? *ni da lebih brader. Ni semua gara -gara ayah belikan aku basikal bertayar putih. huhu. Rare kott, aku sorang je pakai basikal tayar putih tu kat sekolah tawwu. Mula2 malu la jugak tapi selepas seminggu 2 die cakap camtu aku jadi lali pulak.

Lamtak la die nk cakap ape n Now aku baru perasan, dari sekolah lagi aku da mule menahan kate2 dari mulut orang. Bila da umor 22 tahun ni da jadi lali pulak. -_-

Aku ingat nama kau sampai bila2 taw Samad bin Salleh !! Tapi aku tak marah die pon, die pon da mintak maaf kat aku sebelum exam PMR aritu. Cume kate2 die masih terngiang2 kat kepale aku..

*gambar sekadar hiasan*

p/s: teringat kate2 die xsmstinye aku suke die okayyy~

Friday, April 20, 2012

Come back besar-besaran

Assalamualaikum..

Hai..entah pape la come back besar-besaran tu yee. Actually, maksudnye cek lolly nak kembali berblogging n ber-online bisness. Any objection? haha. Jika ada bantahan sila komen dibawah dan nyatakan sebabnye. Terima kaseh.

Cek lolly da lame xactive mengarut kt blog sebab cek lolly active mengarut kt twitter. lagipon lebih mudah untuk gunakan twitter daripada blog or facebook kan. So, ini cume permulaan. nantikan esok2 hari punye cerita. *kalau nk tunggu la.


p/s: no idea lagik.

Saturday, December 31, 2011

Next phase of my life

Assalamualaikum

Firstly, cek lolly nak minta maaf sangat2 sebab mungkin post lepas cek lolly bersikap macam kebudak-budakan SIKIT la kan. Perasaan tu cek lolly xdapat kawal la. Harap maklum. ^_^

Okay, memandangkan cek lolly sudah bergelar Graduan "Higher National Diploma in Computer Software Development" di Kolej Profesional Mara Beranang, Selangor.. cek lolly da jadi keruan sebab nk pikir sama ada nak sambung study or kerja je.



Dalam hati pikir nak kerja je, nak bg duet kat mak ayah. Diorang pon da xkerja kan, Harap dapat bantu diorang secepat mungkin. Tapi cek lollly takot dengan sijil yang cek lolly ade ni, kerja ape je yg bley sy dapat ye. Sementara menunngu result2 yg ade tu keluar, cek lolly kerja sementara kt kedai makan abg di bandar muo. Adehh, cek lolly kembali menjadi minah warung just like old times.. *next post punye story

Ape2 pon, cek lolly da apply kerja yang boleh di apply n sedang menunngu result rasmi keluar utk try apply further study. Cek lolly nak tengok peluang yg ade dulu then buat keputusan. Hurmm, dunno la betul ke tak keputusan nih. but wish me luck!

p/s: any vacancy for IT students? contact me! TQ:)

Wednesday, December 21, 2011

Hey YOU!! yeah YOU

Assalamualaikum..

Post kali ni cek lolly nk bg special kat someone yang cek lolly pon tak taw la macam mane tiba2 die boleh involve dalam problem cek lolly. Cek lolly memang kenal MINAH nie. Tapi dia dari sejarah lame seseorang yang cek lolly kenal.

Hey you! yeah you.. I know u are a stalker, n there is possibility you will be reading this. Ak cume nk tanya kenapa kau melibatkan diri dalam masalah aku yang memang da besar n kau lagi besarkan lg. Kau sndri sedar ini bukan masalah kau, tapi kau masih melibatkan diri jugak. *pelik*

Aku cuma nak kau pergi jauh2 n stay away from my problems. Aku tak pernah cari pasal dengan kau. Kau patut jage diri sendiri je. Aku tak rampas apa2 dari kau. THANKs!

p/s: It's for YOU gurl.. =)

Thursday, December 8, 2011

New Love story

Assalamualaikum..

Psst2! I have a new love story laa,(lep lep) it's hard to tell but this relationship been develop in a complicated ways and with many obstacle. hee~ for me, all the problems and obstacle is a test to know how strong we can defend our relationship and it make us feel more close to each other.



cek lolly taw semua mesti cakap "baru2 bercinta, memangla rasa berbunga2". err betul ke baru2 bercinta je kita dapat merasai perasaan tu? can we make the day feels in the air everyday? LET's TRY !! hee~ cek lolly taw kita tak boleh berharap sangat dalam sesuatu hubungan tu, kite cume boleh berdoa dan mengharapkan sesuatu yang terbaek la kann... that's what i'm doing right now and enjoy the feeling of new love.. weee~

when there is more time, i will tell more about our story.. * if i have time la kann... :P

p/s: i love you, AK




Wednesday, October 26, 2011

Confused

Assalamualaikum

It's been a long time..since i'm not having this feeling. So happy that not everyone can feel it. But i have no one to share the happiness. Thank you for being TOO understanding. The feeling of happiness are mixed with the feeling of sad coz no one here understand me and share the mood. Correct me if i am wrong.



p/s: thanks to everyone that involved including the person that accidentally involved.

Friday, October 14, 2011

Tuesday, October 4, 2011

Something about it..

Assalamualaikum

Macam menarik bila cerita pasal hati pd post kali ni. *Jadi jiwang jap. Apa yg menarik bg aku tentang hati manusia ni adalah hati manusia yg bersaiz kecil tu boleh memuatkan macam2 perasaan. Korang semua perasan tak benda tu. Bila hati boleh jadi suka, benci, sedih, tension, serba salah & macam-macam lagi perasaan yg ada. 



Kadang-kadang hati tu boleh memuat kan beberapa perasaan dalam satu masa. masa tu la kita xpasti apa yg perlu kita buat & keliru & takut untuk buat keputusan. Bila perasaan da bercampur baur camtu, kita boleh jadi tertekan dan melakukan kesilapan dengan silap membuat keputusan.

Sebab tu apabila kite hadapi situasi macam tu, kita kena ade kesabaran yg tinggi dan boleh berfikir dengan betul supaya kesilapan tak kan berlaku.

Even diri aku sendiri kadang-kadang tak dapat menahan diri bila macam-macam benda yg berlaku dalam satu masa. Bila hati dipenuhi perasaan gembira, perasaan serba salah datang menjenguk, time tu jugakla perasaan sedih nak join.

Aku juga tak sempurna seperti manusia lain, selalu buat kesilapan, buat keputusan yg salah. Apa yg aku harapkan cuma aku berharap apa-apa keputusan yang aku buat tu adalah tindakan yg betul & tak melukakan hati sesiapa. Kita dapat rasa apa yg ada dalam hati kita je, dalam hati orang laen kita tak tahu. Hati sendiri kita pandai-pandai la adjust sendiri, tapi hati orang laen kite kene jaga. 


*KADANG-KADANG KITA SENDIRI TAK TAHU APE YG HATI KITA MAHUKAN*

p/s: tak tahu nape lak nk cite pasal hati arinih.. =.=" 


Friday, September 16, 2011

Not everything is easy

Assalamualaikum..


I got a long leave writing this blog because i need to write my assignment. Erghh, assignments wont stop until i graduate. I always motivate my self that this is my last semester, "so ajue, do your best! ". And i wanna shared with u'olls a pictures that motivate me a lot! hehe..




*really love his confidence face! ;)

Everyone thought everyone think that my course is best just because we don't have to sit for exam! hee~ THAT'S NOT TRUE.. It is more hard than u'oll can imagine. After i have been studying HND Software development for 3 1/2 years, clearly it is not a simple subject. i have been through many types of pressure and it is really really really tired.


But alhamdulillah, i still made it to the final semester and i hope this last semester will lead me to a better future. Aminn.. ^^,


p/s: gonna continue writing my assignments ! demm! thats really tired =.="

Saturday, September 3, 2011

Rarely but fun !


Assalamualaikum...

Da masuk Hari Raya ke-4, baru skarang aku dapat update Bloggie Lolly nih. Nak kata ramai datang rumah tak jugak. huhu. Ni yg nk bercrite how i'm happy pada pagi Hari Raya pertama tu. Pagi raya pertama tu as usual la aku berkunjung di rumah pertama dulu, n tak lama lepas tu bro n sis yg laen follow. Da alang2 kami berkumpul, n aku suke bebeno tengok cousin2 aku yg so very the colorful laa.. hehe

Disebabkan kami yg begitu colorful tu, aku jadi very the excited ! keluarga msing2 pilih warna tema yg berbeza, tu yg nampak sangat sangat sangat cantikk !  hehe.. we decided to take a LOT of picture together tahun nih.. okay2.. taknak berbicara lebar, di bawah ni aku selitkan dengan gambar2 aku with cousins n gmba2 laen.. Happy eid ! :)


This is all my favorite girlfie <3

Boyfie tersayang yg hensem2 belake ! <3
Sempoi cousin2 ! Colorful.... <3

Love this !! <3

;)

Cubaan melompat pertama

Bujang team in family .. <3

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin to all. ;)



p/s: saje nk tunjuk yang aku seronok time raye pertama tuh.. *rye pertama jee.. :P

Saturday, August 27, 2011

Feels different this time


Assalamualaikum..

Hurmm.. Da lame rasenye aku tak berceloteh kat sini.. sejak masuk kolej lagi tu.. Rindu sangat nak membebel kt sini, tapi masa tidak mengizinkan. Assignment menggunung! =.=" selalunya dapat jenguk2 je laa tapi tak dapat update.. T__T.

Memandangkan hari ni aku mula bercuti untuk menunggu Syawal menjelma. dapatla aku menghabiskan sedikit masa kat sini.. ;)


First of all aku ucapkan Selamat menyambut kedatangan Ramdhan al-mubarak. *walaupun agak terlewat. Ramadhan tahun ni aku tak rasa macam ramadhan2 yg lepas. Kali ni aku mula terasa kelainannya dan kesayuannya. Mungkin peningkatan umur tu membuat kan aku berfikir lebih matang. hehe :)

Beberapa hari je lg nih sebelum Syawal menjelang. Banyak lagi yg belum tersedia.. baju raya, kasut, beg, n jam baru.. huhu.. Aku biase mengamalkan bershopping di last minute dengan akak. hehe *cari nahas.


Aku juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan batin to all bloggers, visitors, friends and family. Aku complile kan 2 ucapan dalam satu post sekali. hehe. So, just wait until Syawal's come.. its Hari raya is photo shoot time! hehe.. ;P

p/s : short entry to show u how i miss this blog ^^,

Friday, July 1, 2011

Ini Gila Lompat punye critee

Assalamualaikum..

haa.. mari2 aku ade cite baru nk cite nih... haha.. actually cite ni xdela baru mane pun.. tapi yang aku taw.. barang ni barang baek punyer... baru2 lagi sampai kt malaysia nih. style kott! sgt ohsemm!


okay, lets start.. namenye MADHOP atau Gila Lompat! stylenye ala-ala kaki palsu untuk bantu org nk berjalan.. lagipun asalnye mmg untuk membantu O.K.U berjalan.. *itu dari sumber TV3 la kan..



Permainan ni bermula di europe then terkenal kt Thailand, skang ia berjinak2 nk masuk pasaran malaysia.. check out this video.. maafla, line cm sipott nk masokkn video.. so, korang check sendiri kt SINI k.. :) style gler diorg kot.. lebih kurang cam Parkour kt malaysia.. cume diorang mendapat lebih anjakan dari MadHop jee. ;)

If korang berminat nak beli atau melihat dengan lebih dekat.. korang ley check out kt Level 2, BB Plaza, Bukit Bintang KL. haa.. situ ade jual or korang ley check facebook diorang..or u can check blog diorang nih.. ;)

ok sekian untuk kali ini... kalau yang da cube tu, share2 la pengalaman menggunakannya ye... ;)

p/s: dengo cite hrge seribu lebih gak laa.. hehe.. :P

Thursday, June 30, 2011

It's not too late to know about it!

Assalamualaikum pembuka kata...

Hari ni terasa ingin berkongsi pendapat tentang EGO. emm ini familiar kan, tapi ak tetap nk kongsi pendapat aku tentang benda nih.. sebab aku rase ego mmg tak kan lepas dri kehidupan seharian kite kan... tak kire lelaki mahuun perempuan..

EGO is commonly related to guys.. kan3? tapi, bukan guys je yang ade sifat ego nye.. gurls pon ade taw...

Ego lelaki kita akan nampak pada ketegasan diorang dari segi berfikir sampai kadang2 susah betul nk bertoleransi dalam ape yg diorang buat. Tapi, orang kate, Ego lelaki mudah cair bila dengan perempuan..

err.. betol ke.. actually, semua ni depend on that guy la kan. ada sesetengah lelaki yg ego tinggi, tapi bila dengan perempuan ego tu diturunkan tahapnya. senang cite cair la bile berdepan dgn perempuan. tapi ada jugak yg tak kire dengan lelaki atau perempuan, die nak diorang ikut je telunjuk die. tahap ego die melambung2.. =.=" *tak suke




bagi sifat EGO dalam diri gurls pulak, kita taw gurls ni berhati lembut.. senang nk bertoleransi. tp bagi kaum gurls yg ade jawatan tggi macam boss, kite akn nampak sedikit keegoan tu. tp tahap ego tu tak la setinggi ego lelaki, sifat ego bg gurls tu hanya untuk menampakkan ketegasan bile bertugas jee... huhu.

untuk mereka yg tengah hangat bercinta tu.. cube la kenali ego ni ye.. aku da banyak kali sakit sebab keegoan mereka. baru sekarang aku sibuk buat research n paham kenape diorang bertindak begitu. BAJET BERKUASE JEKKK rupenyee.. opss, tercapslock pulak.. :P

p/s: know more about EGO to know more about HIM! ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...