Tuesday, June 12, 2012

Sekilas Memori, Tercatat abadi

Assalamualaikumm..

Pengalaman banyak mengajar kita. Itu ayat biase dah orang cakap. Tapi orang yg merase kesusahan dalam hidup merasai kesusahan tu sendiri dan mengambil iktibar dalam perkara tu barulah dapat pengalaman tu.

Aku baru hidup 22 tahun, tapi aku dah jumpa macam2 orang yang memang boleh buat kita cakap macam2. Selama 22 tahun ni mmg ak mengaku kawan datang dan pergi, cuma sesetengah je kawan baek aku yg masih maintain sampai sekarang wlaupun jarang contact.

Aku menjangkakan sebagai kawan baik, die kenal sape aku. Walaupun aku masih samar dengan punca salah paham ini. Bila dikatakan semua tu berpunca dari aku, aku minta maaf. Aku memang selalu cuai dengan percakapan aku. Ye aku seorang yg cuai, mungkin dia tak tahu itu. Selepas itu, aku bertindak bodoh dengan memberitahu sesuatu yg tak sepatutnye. Then, amekaww, bagai jatuh ditimpa konkrit, hati sedeh sape je yg taw. Walaupun selalu memikirkan yg positif, aku rase terus dpggirkan teman .

Aku bukan menjauhi teman kerana seorang lelaki, aku juga manusia yg punya perasaan sedeh, marah, serba salah, tak keruan, berbelah bagi. Lame memikirkan sendirian ape yg perlu dibuat. Mencari2 teman untuk berkongsi hanya ada si lelaki dan beberapa teman. Aku taw perasaan teman itu bila marahkan seseorang, die tak tunjuk tapi semua itu jelas kelihatan.

Aku menunggu masa untuk berbincang berdua, tapi aku dihentam oleh 3 orang. Bertalu2 ditanya, nak menangis tapi cover macho. Da luah semua namun masih tak berubah. Melihatkan tiada perubahan antara kita, aku menjangkakan kite memang tak dijodohkan menjadi teman baek, tapi kita masih sahabat. Aku masih ingt memori, kenangan, janji2 kita.

Aku merindui kau yang gila2 bila berkata2, peramah dengan semua. Sekarang ape yang aku nampak cuma seorang wanita yang menahan sesuatu bila bertemu aku. Maaf.



Ya Allah kau lembutkan lah hati sahabat ku dalam apa2 jua yang dia lakukan..Aminn



p/s: She's like my younger sister, always need protection. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...